Sunday, January 13, 2019

PENGENALAN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

   Selamat datang ke laman blog 'FUN WITH SCIENCE!'. Laman Blog Fun With Science merupakan satu laman blog yang menyediakan kemudahan dari segi nota, latihan serta keperluan lain yang diperlukan oleh para pelajar. Kemudahan yang disediakan dalam blog ini disediakan khusus untuk pelajar tingkatan 4 sahaja bagi mata pelajaran sains.


   Laman blog ini juga disediakan bertujuan untuk membantu para pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari sains. Selain itu, pembangunan blog ini juga bertujuan untuk mengetahui maklumbalas pelajar dan penilaian guru terhadap blog yang dibina berkenaan dengan mata pelajaran sains tingkatan 4.

   Diharapkan kandungan yang terdapat di dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk mempelajari sains dan dapat menanam serta meningkatkan sifat minat akan mata pelajaran sains. Selamat belajar!😃😃😉