EKSPERIMEN

Hai semua! Pada laman ini anda boleh menjalankan beberapa eksperimen berkaitan topik-topik pembelajaran serta  beberapa eksperimen mudah dan menarik yang anda dapat lakukan sendiri hanya dengan menggunakan barang-barang yang terdapat di rumah 😀😃😀

EKSPERIMEN 5.3 : TINDAK BALAS EKSOTERMIK DAN ENDOTERMIK
Tujuan: mengkaji tindak balas eksotermik dan endotermik.

Bahan dan Radas:
·              Hablur natrium hodroksida
·              Pepejal ammonium klorida
·              Air
·              Tabung Uji
·              Termometer
           
Prosedur:
1.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
2.  Masukkan beberapa hablur natrium hidroksida ke dalam tabung uji yang mengandungi 5 cm3 air.
3.  Rekodkan bacaan termometer selepas beberapa minit.
4. Ulang langkah 2 hingga 3 dengan menggunakan pepejal ammonium klorida.

Pemerhatian:
1.Suhu awal air adalah sama
2. Suhu akhir air bagi tindak balas hablur natrium hidroksida dan air lebih tinggi berbanding suhu awal.
3.Suhu akhir air bagi tindak balas pepejal ammonium dan air lebih rendah berbanding suhu awal.

Analisis:
1. Haba terbebas apabila natrium hidroksida bertindak balas dengan air. Tindak balas yang berlaku ialah eksotermik.
2.  Definsi secara operasi bagi tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang menyebabkan peningkatan suhu
3.  Haba diserap apabila ammonium klorida bertindak balas dengan air. Tindak balas yang berlaku ialah endotermik.
4.   Definsi secara operasi bagi tindak balas endotermik ialah tindak balas yang menyebabkan penurunan suhu

Kesimpulan:
Suhu meningkat apabila natrium hidroksida bertindak balas dengan air. Suhu menurun apabila ammonium klorida bertindak balas dengan air.


EKSPERIMEN 7.8 : PENYEBARAN CAHAYA

Tujuan: mengkaji penyebaran cahaya oleh prisma.

Bahan dan Radas:
·         Prisma
·         Kotak Sinar
·         Skrin Putih
·         Bekalan Elektrik
           
Prosedur:
1.   Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah .
2.    Laraskan prisma sehingga satu spektrum yang jelas terbentuk pada skrin.
3.    Perhati, nyata dan warnakan spektrum yang terbentuk pada skrin.

Pemerhatian:
Siri warna spektrum akan terbentuk pada skrin 
( Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu).

Analisis:
1.    Proses yang berlaku apabila cahaya putih memasuki prisma ialah penyebaran cahaya dan pembiasan cahaya.
2.    Cahaya berwarna yang paling banyak dibiaskan ialah cahaya ungu manakala paring kurang dibiaskan ialah cahaya merah.

Kesimpulan:
Penyebaran cahaya dan pembiasan cahaya berlaku apabila cahaya putih bergerak menurusi prisma untuk menbentuk spektrum.


EKSPERIMEN 7.9 : PEMBENTUKAN PELANGI
Tujuan: mengkaji pembentukan pelangi.

Bahan dan Radas:
·         Air
·         Cermin satah
·         Skrin Putih
·         Besen

Prosedur:
1.   Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
2.    Letakkan cermin satah secara condong di dalam air.
3.    Laraskan cermin satah itu supaya satu spektrum yang jelas terbentuk pada skrin.
4.    Rekodkan pemerhatian.

Pemerhatian:
Siri warna spektrum akan terbentuk pada skrin ( Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu).

Analisis:
1.   Proses yang berlaku pada cahaya matahari dalam cermin ialah pantulan cahaya dan cahaya matahari dalam air ialah pembiasan dan penyebaran cahaya.
2.   Fenomena semula jadi yang melibatkan spektrum ini ialah pelangi.
3.   Tiga proses yang berlaku semasa pembentukan fenomena ini ialah pentulan, penyebaran dan pembiasan.

Kesimpulan:
Cermin memantulkan cahaya matahari manakala air menyebarkan dan membiaskan setiap warna cahaya pada sudut-sudut yang berlainan untuk membentuk spektrum.


EKSPERIMEN 7.10:PENYERAKAN CAHAYA
Tujuan: Mengkaji penyerakan cahaya untuk menerangkan kebiruan langit dan kemerahan matahari terbenam.

Bahan dan Radas:
·         Susu Cair
·         Projektor Slaid
·         Skrin Putih
·         Bikar

Prosedur:
1.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah .
2.  Isikan bikar dengan susu cair
3.  Arahkan sinar cahaya daripada projektor slaid melalui susu cair itu.
4.  Perhatikan warna yang terbentuk dalam susu cair di dalam bikar dan pada skrin putih.
5.  Rekodkan pemerhatian anda.

Pemerhatian:
1.   Susu cair kelihatan kebiruan.
2.   Skrin putih menghasilkan tompok merah.

Analisis:
1.   Projektor slaid mewakili matahari manakala susu cair mewakili langit.
2.   Warna kelihatan dalam susu cair ialah kebiruan langit manakala tompok cahaya pada skrin mewakili matahari terbenam.
3.   Cahaya biru diserak paling banyak oleh zarah terampai kerana mempunyai panjang gelombang yang pendek. Oleh itu, susu cair kelihatan kebiruan.
4.   Cahaya merah diserak paling kurang kerana mempunyai panjang gelombang yang panjang.

Kesimpulan:
Penyerakan cahaya menyebabkan kebiruan langit dan kemerahan matahari terbenam.






























EKSPERIMEN 7.12 : PENAMBAHAN WARNA PRIMER
Tujuan: mengkaji penambahan warna primer untuk menghasilkan warna sekunder.

Bahan dan Radas:
·         Skrin putih
·         Lampu suluh
·         Penapis berwarna (merah, hijau, biru)

Prosedur:
1.   Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
2.  Lekatkan penapis warna merah, hijau dan biru pada tiga lampu suluh.
3.  Arahkan sinar cahaya ke atas skrin putih.
4.  Rekodkan pemerhatian anda tentang warna cahaya ke atas skrin putih.
5. Ulang langkah 2 hingga 4 menggunakan warna penapis yang berlainan seperti yang disenaraikan dalam jadual.

Pemerhatian:
1. Penapis warna merah, hijau dan biru menhgasilkan cahaya putih.
2. Penapis warna merah dan hijau menghasilkan cahaya kuning.
3. Penapis merah dan biru menghasilkan cahaya magenta.
4. Penapis hijau dan biru menghasilkan cahaya sian.

Analisis:
1.  Penambahan warna primer yang berlainan menghasilka warna sekunder yang berbeza.
2. Warna primer ialah warna yang tidak dapat diperoleh daripada campuran warna-warna yang lain.
3. Warna sekunder ialah warna yang terhasil daripada penambahan warna-warna primer.
4. Penambahan cahaya ialah proses campuran cahaya yang menghasilkan warna cahaya pada skrin.


Kesimpulan : Penambahan warna-warna primer menghasilkan warna sekunder.


EKSPERIMEN 7.13 : PENOLAKAN CAHAYA BERWARNA OLEH PENAPIS BERWARNA
Tujuan: mengkaji kesan penapis warna primer dan sekunder terhadap cahaya putih dan cahaya berwarna.

Bahan dan Radas:
·         Skrin putih
·         Lampu suluh
·         Penapis warna primer dan sekunder

Prosedur:
1.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
2. Letakkan penapis merah pada kedudukan X antara lampu suluh dengan skrin.
3. Hidupkan lampu suluh dan arahkan cahaya melalui penapis berwarna.
4. Perhati dan rekodkan warna yang terhasil pada skrin.
5. Ulangi langkah 2 hingga 3 dengan mengguanakan penapis hijau dan biru, serta menggunakan pasangan penapis  yang disenaraikan dalam jadual.

Pemerhatian:
1. Penapis merah, hijau dan biru menghasilkan cahaya warnanya sendiri.
2.  Penapis merah dan hijau tidak menghasilkan cahaya.
3.  Penapis kuning dan hijau menghasilkan cahaya hijau.
4.  Penapis biru dan kuning tidak menghasilkan cahaya.
5.  Penapis sian dan kuning menghasilkan cahaya hijau.
6.  Penapis kuning dan magenta menghasilkan cahaya merah.

Analisis :
1. Penapis merah hanya membenarkan cahaya merah melaluinya.
2. Cahaya merah yang melalui penapis merah diserap oleh penapis hijau.
3. Prinsip penyerapan cahaya berwarna oleh penapis berwarna ialah penolakan cahaya berwarna.

Kesimpulan:
Penapis warna primer hanya membenarkan warna sendiri melaluinya. Penapis warna sekunder akan membenarkan warna sendiri dan warna-warni yang membentuknya melaluinya.



Hai semua! Laman ini menyediakan beberapa eksperimen mudah dan menarik untuk anda cuba ketika berada di rumah. Eksperimen sains bukan sahaja boleh dijalankan di makmal malah, anda juga boleh melakukannya di rumah sahaja dengan menggunakan barang-barang yang mudah didapati. Berikut merupakan eksperimen yang disediakan untuk anda dimana ianya boleh membantu anda untuk lebih memahami prinsip-prinsip sains yang hadir dalam kehidupan seharian kita yang merangkumi prinsip asas biologi, kimia dan fizik. Jom kita mulakan! 😃😊😊


EKSPERIMEN 1 : MENIUP BELON MENGGUNAKAN CUKA DAN SODA PENAIK.
Bahan yang diperlukan:
·              Botol dengan muncung tirus
·              Cuka
·              Belon dan soda penaik
Bahan-bahan eksperimen
Langkah-langkah:
1)      Masukkan separuh cawan cuka ke dalam botol yang disediakan.
2)      Kemudian, masukkan beberapa sudu soda penaik ke dalam belon.
3)      Bahan pewarna juga boleh dimasukkan bagi lebih menarik.
4)      Seterusnya, tuangkan soda penaik ke dalam botol dengan menggunakan belon yang berisi soda penaik tadi.
5)      Lihat dan kaji apa yang berlaku selepas soda penaik dicampurkan dengan cuka.

Apa yang berlaku?
Apabila soda penaik dan cuka bercampur, tindak balas akan berlaku dan menghasilkan karbon dioksida (CO2) yang akan meniup belon. Oleh itu, belon akan mengembang dan terapung di udara.
Hasil eksperimen
Layari link ini untuk melihat video penuh eksperimen:


EKSPERIMEN 2 : MEWARNAKAN BUNGA DENGAN MENGGUNAKAN TINDAKAN KAPILARI
Bahan yang diperlukan:
·         Bunga segar yang baru dipetik seeloknya bunga berwarna cerah (boleh digantikan dengan saderi jika tiada bunga)
·         Gelas atau balang
·         Pewarna makanan
·         Gunting

Langkah-langkah :
1)      Isikan air ke dalam bekas atau gelas yang disediakan.
2)      Masukkan pewarna ke dalam air tersebut dan larutkan.
3)      Kemudian, masukkan bunga atau saderi ke dalam bekas yang berisi pewarna tadi.
4)      Tinggalkan selama beberapa jam, eksperimen ini memerlukan masa yang agak lama untuk melihat hasilnya. Kebiasaannya akan menunjukkan hasil dalam 4-6 jam. Adakalanya sehingga 24 jam.
5)      Selepas beberapa jam. Hasil sudah boleh dilihat.

Bagaimana ia terjadi?
Sebaik sahaja air diserap ke dalam batang bunga, ia akan disejatkan melalui kelopak bunga dan daun melalui liang yang dipanggil stoma. Proses yang terlibat adalah proses transpirasi. Proses yang dipanggil transpirasi ini akan menyebabkan air berwarna itu mengalir melalui kelopak untuk disejatkan. Maka terhasillah warna bunga yang baru.
Hasil eksperimen
Layari link ini untuk melihat video penuh eksperimen:


EKSPERIMEN 3 : BOTOL PENGASING TELUR
Bahan yang diperlukan:
·         Telur mentah
·         Dua mangkuk atau pinggan
·         Botol air kosong
Langkah-langkah:
1) Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk atau pinggan.
2) Gunakan botol yang disediakan untuk menyedut dan mengasingkan telur kuning daripada telur putih.
3) Picit botol sehingga kempis sedikit sahaja, dekatkan mulut botol dengan telur kuning tersebut.
4) Kemudian, lepaskan picitan pada botol secara perlahan-lahan.
5) Telur kuning akan masuk ke dalam botol tadi dan terasing daripada telur putih.

Bagaimana ia terjadi?
Apabila anda memicit botol, anda memaksa udara untuk keluar. Kemudian, apabila anda menghalakan muncung botol di atas telur kuning dan berhenti memicit botol, sedutan akan terhasil dan mengakibatkan udara dan telur kuning itu cepat-cepat mengisi kekosongan yang ada.
Tekanan udara di dalam botol adalah lebih rendah berbanding di luar, maka udara akan menolak telur kuning masuk ke dalam botol. Maka, telur kuning dapat diasingkan daripada telur putih tanpa pecah.

Layari link ini untuk melihat video penuh eksperimen:


EKSPERIMEN 4 : PUTARAN SUSU BERWARNA
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pinggan atau mangkuk pakai buang
  • Susu penuh krim (cukup sekadar untuk menutupi bahagian dasar pinggan/mangkuk)
  • Pewarna makanan
  • Putik kapas
  • Sabun pencuci pinggan
Bahan-bahan yang diperlukan.
Langkah-langkah :
1)      Tuangkan susu ke dalam pinggan atau mangkuk yang disediakan.
2)      Pastikan susu yang dituang menutupi dan memenuhi semua permukaan.
3)      Titiskan beberapa titik pewarna makanan yang berlainan warna ke atas permukaan susu tersebut.
4)      Kemudian, basahkan putik kapas dengan sabun pencuci pinggan.
5)      Seterusnya, celupkan putik kapas tersebut ke atas permukaan susu tadi.
6)      Perhatikan apa yang berlaku.

Bagaimana ia terjadi?
Pewarna makanan adalah kurang tumpat daripada susu. Jadi, setiap pewarna yang dititiskan ke dalam pinggan/mangkuk akan terapung di permukaan. Walau bagaimanapun, penambahan sabun pencuci pinggan menggunakan hujung putik kapas akan memecahkan permukaan itu dengan melarutkan molekul lemak susu. Pewarna kemudian akan mula bergerak ke seluruh permukaan susu kerana cuba menjauhkan diri daripada sabun dan menghasilkan corak yang menarik.

Hasil eksperimen
Layari link ini untuk melihat video penuh eksperimen:


EKSPERIMEN 5 : TISU TERAPUNG
Bahan yang diperlukan:
  • Belon yang sudah berisi angin
  • Tisu muka
  • Baju atau rambut untuk menggosok belon untuk menjana elektrik statik
Langkah-langkah :
1) Guntingkan tisu kepada bentuk-bentuk yang dikehendaki.
2) Lekatkan sedikit bahagian tisu pada permukaan meja dengan menggunakan pita pelekat.
3) Gosokkan belon yang berisi angina tadi pada permukaan baju.
4) Gosok selama 1 minit atau lebih.
5) Kemudian, halakan belon ke arah tisu yang dilekatkan pada permukaan meja tadi.
6) Perhatikan apa yang berlaku pada tisu tersebut.

Bagaimana ia dijalankan?
Belon akan digosok untuk menghasilkan cas negatif pada belon. Apabila belon didekatkan kepada tisu yang bercas positif, ia akan menarik tisu dan menyebabkan tisu itu kelihatan seperti terbang dan terpung-apung.

Hasil eksperimen
Layari link ini untuk melihat video penuh eksperimen:


EKSPERIMEN 6 : “TARIAN KISMIS”
Bahan yang diperlukan:
  • Kismis
  • Sebotol air berkarbonat
  • Gelas lutsinar

Langkah-langkah :
1) Sediakan sebotol air berkabonat atau air soda .
2) Tuangkan ke dalam gelas sehingga hampir penuh.
3) Kemudian, masukkan 10 biji kismis ataupun lebih ke dalam air soda tersebut.
4) Perhatikan apa yang berlaku.

Bagaimana ia terjadi?
Buih-buih kecil karbon dioksida yang terdapat dalam air berkarbonat akan 'menangkap' kedutan dan lipatan yang terdapat pada permukaan kismis. Apabila buih ini melekap pada kismis, kismis akan menjadi lebih ringan dan terapung ke atas.
Apabila tiba di permukaan, buih akan meletup, kismis menjadi berat semula dan tenggelam ke dasar. Proses yang berulang-ulang ini akan membuatkan kismis kelihatan seperti menari dan bergerak-gerak dengan ajaib.



Layari link ini untuk melihat video penuh eksperimen:










1 comment: