NOTA-NOTA

Laman ini mengandungi nota-nota sains dari bab pertama hingga bab akhir Sains tingkatan 4. Selain nota bertulis, nota yang disediakan juga boleh didapati dalam berbentuk powerpoint dan juga dalam bentuk PDF. Para pelajar boleh melayari link yang disediakan untuk mendapatkan nota-nota tersebut. Selamat mengulangkaji!😉😉😃

(NOTA RINGKAS)
BAB 1 : PENYIASATAN SAINTIFIK.
1. Kaedah saintifik sangat penting untuk memperoleh pengetahuan sains.
2. Langkah penyiasatan saintifik adalah seperti berikut:
·         Mengenal pasti masalah
·         Mengenal pasti pemboleh ubah
·         Merancang penyiasatan
·         Mengumpul data
·         Membuat hipotesis
·         Mengawal pemboleh ubah
·         Menganalisis data
·         Mentafsir data
·         Membuat kesimpulan
·         Perbincangan
·         Menulis laporan
3. Mengenal pasti masalah dibuat melalui pemerhatian dengan menggunakan organ-organ deria kita.
4. Hipotesis dibuat menjelaskan pemerhatian atau fenomena. Penyiasatan perlu dijalankan untuk mengesahkan hipotesis yang dibuat.
5. Apabila merancang suatu penyiasatan, bahan-bahan dan radas perlu disediakan dan digunakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
6. Terdapat tiga jenis pemboleh ubah :
·         Pemboleh ubah dimanipulasikan
·         Pemboleh ubah bergerak balas
·         Pemboleh ubah yang dimalarkan
7. Pemboleh ubah dimanipulasikan digunakan untuk mengesahkan hipotesis.
8. Peranan dalam pemboleh ubah bergerak balas bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan. Pemboleh ubah ini ialah keputusan data yang dikumpul semasa penyiasatan.
9. Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen dijalankan.
10. Sepanjang penyiasatan, pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan hendaklah dikawal untuk menghasilkan keputusan yang tepat.
11. Data yang dikumpul akan dianalisis dan ditafsir dengan menggunakan graf, carta dan jadual.
12. Kesimpulan dibuat untuk menjelaskan masalah yang telah ditakrifkan pada awal penyiasatan. Hipotesis boleh diterima atau ditolak.
13. Laporan lengkap hendaklah dimulakan dengan mengenal pasti masalah dan diakhiri dengan kesimpulan.
14. Sikap saintifik dan nilai murni hendaklah diamalkan sepanjang penyiasatan saintifik.


BAB 2 : KOORDINASI BADAN.
1. Koordinasi badan bertanggungjawab kepada kelancaran dan keberkesan fungsi bagi semua organ serta sistem badan.
2. Koordinasi badan termasuklah sistem saraf dan sistem endokrin.
3. Sistem saraf manusia terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.
4. Sistem saraf soma mengawal tindakan terkawal seperti bercakap dan menari.
5. Sistem saraf autonomi mengawal tindakan luar kawal seperti pernafasan, peristalsis dan degupan jantung.
6. Neuron ialah unit asas sistem saraf yang berfungsi untuk mencetus dan menghantar impuls saraf. Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan.
7. Sistem saraf melibatkan komponen seperti rangsangan, reseptor, neuron, sinaps, efektor dan gerak balas.
8. Reseptor regang penting untuk membolehkan kita mengekalkan keseimbangan dan koordinasi badan.
9. Otak manusia terdiri daripada serebrum, srebelum dan medulla oblongata.
10. Serebrum mengawal fungsi organ deria dan tindakan terkawal. Serebelum mengawal keseimbangan badan . Manakala medulla oblongata mengawal mengawal tindakan luar kawal.
11. Koordinasi kimia melibatkan sistem endokrin yang berfungsi untuk menyelaraskan aktiviti dalam badan melalui tindakan hormon.
12. Sistem endokrin manusia terdiri daripada pelbagai kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormone iaitu kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, ovari dan testis.
13Keseimbangan hormon penting untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Hormon yang berlebihan atau berkurangan akan mendatangkan masalah kesihatan.
14. Kesihatan fizikal dan mental seseorang bergantung kepada kecekapan penyelarasan koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin.
15. Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang boleh menyebabkan ketagihan dan memberikan kesan negatif terhadap aktiviti fizikal dan mental seseorang.
16. Penyalahgunaan dadah ialah pengambilan dadah dalam dos yang berlebihan tanpa tujuan perubatan atau nasihat doktor.
17. Penyalahgunaan dadah membawa kesan buruk kepada individu, keluarga dan masyarakat dari segi fizikal, mental, fisiologi, psikologi, sosial dan ekonomi.
18. Pengambilan alkohol yang berlebihan memudaratkan kesihatan sesorang.
19. Pengambilan alkohol secara berlebihan akan berhadapan risiko penyakit kardiovaskular dan hati, contoh sirosis hati.
20. Minda manusia mampu berfikir dan menaakul. Keseimbangan hormone penting untuk minda yang sihat dan baik.
21. Minda yang sihat dan koordinasi badan yang baik penting dalam menjalani kehidupan yang sihat, gembira dan sejahtera.


BAB 3 : KETURUNAN DAN VARIASI.
1. Kromosom merupakan struktur berbentuk bebenang halus yang terdapat dalam nukleus sel.
2. Gen merupakan unit bahan baka yang membawa maklumat keturunan untuk menentukan sifat-sifat setiap individu.
3. Mitosis merupakan satu proses pembahagian sel yang berlaku dalam sel soma dan menghasilkan dua sel anak yang seiras.
4. Meiosis merupakan satu proses pembahagian sel untuk menghasilkan empat gamet yang mengandungi separuh bilangan kromosom sel induk. Meiosis penting untuk menghasilkan variasi genetik dan menjamin bilangan kromosom dalam zigot adalah sama dengan induknya.
5. Gen dominan menunjukkan sifatnya dalam fenotip walaupun berpasangan dengan gen resesif.
6. Gen resesif hanya menunjukkan sifatnya dalam fenotip tanpa kehadiran gen dominan.
7. Sel soma manusia mempunyai 23 pasang kromosom iaitu 22 pasang kromosom autosom dan sepasang kromosom seks. Kromosom X dan kromosom Y ialah kromosom seks.
8. Gamet perempuan ( ovum ) mengandungi kromosom 22+X . Gamet lelaki (sperma) mengandungi kromosom 22+X atau kromosom 22+Y. Kromosom perempuan ditulis sebagai 44+XX manakala lelaki pula ialah 44+XY.
9. Jantina anak ditentukan oleh bapanya yang menghasilkan sperma X atau sperma Y. Kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki dan anak perempuan adalah sama.
10. Kembar seiras terbentuk apabila dua ovum yang tersenyawa itu membahagi menjadi dua sel yang lengkap lalu menghasilkan dua zigot. Kembar seiras mempunyai kandungan genetik yang tidak sama. Mereka mungkin mempunyai jantina yang sama atau berlainan.
11. Kembar tak seiras terbentuk apabila dua ovum yang berbeza disenyawakan oleh dua sperma yang berlainan dan menghasilkan dua zigot. Kembar tak seiras mempunyai kandungan genetik yang tidak sama. Mereka mungkin mempunyai jantina yang sama atau berlainan.
12. Mutasi ialah perubahan yang berlaku pada struktur gen atau struktur kromosom yang akan mengubah sifat-sifat asal sesuatu organisma.
13. Mutasi gen merupakan perubahan pada bahan kimia dalam struktur gen.
14. Mutasi kromosom merupakan perubahan struktur atau bilangan kromosom.
15. Penyelidikan genetik telah memberi sumbangan yang besar kepada manusia dalam bidang perubatan, pertanian dan bioteknologi.
16. Dalam bidang pertanian, pembiakbakaan telah menghasilkan varieti baharu yang lebih berkualiti untuk meningkatkan produktiviti.
17. Dalam bidang perubatan, sesetengah kecacatan dan penyakit genetik telah berjaya dielakkan. Kejuruteraan genetik dan pengklonan telah menghasilkan bahan yang berguna seperti antibiotik, vaksin dan hormon.
18. Variasi bermaksud perbezaan sifat antara individu daripada populasi atau spesies yang sama.
19. Variasi disebabkan oleh faktor genetik, faktor persekitaran atau kombinasi faktor genetik dan persekitaran.
20. Variasi selenjar merujuk kepada perbezaan yang tidak boleh diukur dengan skala dan tidak mempunyai sifat perantaraan.
21. Variasi tak selanjar merujuk kepada perbezaan yang tidak boleh diukur dengan skala dan tidak mempunyai sifat perantaraan.
22. Variasi menghasilkan kepelbagaian organisma. Variasi juga telah meningkatkan keupayaan sesuatu spesis menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah.


BAB 4 : JIRIM DAN BAHAN.
1. Jirim wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.
2. Teori kinetik jirim merupakan model yang menerangkan sifat-sifat jirim dalam tiga keadaan berbeza.
3. Semakin tinggi suhu badan, semakin tinggi tenaga kinetik zarah.
4. Perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain disebabkan oleh tenaga kinetik zarah bahan itu. Haba diserap atau dibebaskan apabila perubahan keadaan jirim berlaku.
5. Perubahan keadaan jirim berlaku semasa pembekuan, peleburan, kondensasi, pendidihan dan pemejalwapan.
6. John Dalton ialah saintis pertama yang mengemukakan idea bagi atom. Melalui perkembangan dan penemuan idea yang baharu struktur atom telah dimurnikan oleh saintis yang berlainan pada masa yang berbeza.
7. Atom terdiri daripada proton, neutron dan elektron.
8. Model atom yang paling ringkas terdiri daripada nukleus dengan elektron mengelilinginya dalam orbit.
9. Nukleus terdiri daripada proton dan neutron. Proton dan neutron dikenali sebagai nukleon.
10. Atom boleh disifatkan berdasarkan nombor nucleon dan nombor proton. Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus. Nombor proton ialah jumlah bilangan proton dalam atom.
11. Isotop ialah atom-atom sesuatu unsur yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nucleon yang berbeza.
12. Bahan boleh dibahagikan kepada logam dan bukan logam. Semua logam ialah pepejal pada suhu bilik kecuali merkuri adalah cecair.
13. Logam dan bukan logam digunakan secara meluas untuk mempertingkatkan kehidupan manusia.
14. Logam dan bukan logam mempunyai sifat-sifat tersendiri yang unik.
15. Jadual berkala ialah jadual yang menyusun unsur-unsur mengikut pertambahan nombor proton untuk menunjukkan persamaan unsur dengan susunan elektron.
16. Kumpulan ialah turus menegak dalam Jadual Berkala yang mengandungi unsur-unsur yang berubah dari sifat kimia dan bilangan elektron yang sama dalam petala yang paling luar.
17. Kumpulan dinomborkan dari I hingga VIII dengan 10 kumpulan unsur peralihan di antara Kumpulan II dan III.
18. Kala ialah baris mendatar dalam Jadual Berkala yang mengandungi unsur-unsur yang berubah dari sifat logam kepada sifat bukan logam.
19. Bahan terdiri daripada atom, molekul dan ion.
20. Logam terdiri daripada atom yang diikat dengan daya tarikan yang kuat.
21. Logam cenderung untuk menjadi pepejal dan mempunyai takat didih yang tinggi serta merupakan konduktor haba dan elektrik yang baik.
22. Molekul ialah zarah yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang bergabung secara kimia.
23. Molekul ringkas terdiri daripada dua atau lebih atom yang diikat dengan ikatan kovalen yang lemah seperti dalam gas (hydrogen, oksigen, karbon dioksida, metana dan sebagainya).
24. Molekul ringkas cenderung untuk menjadi gas dan mempunyai takat beku yang rendah serta merupakan konduktor haba dan elektrik yang lemah.
25. Makromolekul terdiri daripada beribu-ribu atom yang diikat dengan daya tarikan yang kuat seperti intan, grafit dan silikon.
26. Ion terbentuk apabila elektron ditambah atau dibuang daripada atom neutral.
27. Atom logam cenderung melepaskan elektron untuk menjadi ion positif manakala atom bukan logam cenderung untuk menerima elektron untuk menjadi ion negatif.
28. Sebatian ion sangat stabil kerana ion disusun dalam kekisi hablur yang diikat dengan daya tarikan elektrostatik yang kuat.
29. Bahan tulen hanya mengandungi satu jenis atom atau molekul.
30. Bahan tulen mempunyai takat lebur dan takat didih yang tetap. Kehadiran bendasing akan merendahkan takat lebur dan meningkatkan takat didih.
31. Bendasing boleh diasingkan secara fizikal seperti penurasan, penyulingan dan penghabluran.


BAB 5 : TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA.
1. Perubahan fizik ialah perubahan yang tidak mengakibatkan pembentukan sebatian baharu dan boleh dibalikkan dengan mengubah keadaan yang tertentu.
2. Perubahan kimia ialah perubahan yang melibatkan tindak balas kimia yang mengakibatkan pembentukan sebatian baharu.
3. Tindak balas eksotermik ialah tindak balas pembebasan haba yang mengakibatkan peningkatan suhu sekeliling.
4. Tindak balas endotermik ialah tindak balas penyerapan haba yang menurunkan suhu sekeliling.
5. Proses Haber ialah proses penghasilan ammonia secara besar-besaran dengan menggunakan nitrogen dan hidrogen. Bagi memperoleh hasil yang optimum, tekanan tinggi dan suhu antara 450̊C-500̊C digunakan.
6. Proses Sentuh ialah proses penghasilan asid sulfurik secara besar-besaran. Pengoksidaan sulfur dioksida kepada sulfur trioksida adalah eksotermik dan dapat dibalikkan. Bagi memperoleh hasil yang optimum, tekanan tinggi dan suhu antara 450̊C-500̊C digunakan.
7. Siri kereaktifan logam ialah senarai logam yang disusun dengan logam yang paling reaktif di bahagian atas dan yang paling tidak reaktif di bahagian bawah.
8. Perbandingan kereaktifan logam boleh dibuat melalui tindak balas logam dengan air, stim, udara dan asid cair.
9. Siri kereaktifan logam digunakan untuk menentukan kaedah pengekstrakan logam daripada bijihnya.
10. Logam yang terletak di bahagian atas dalam siri kereaktifan logam seperti magnesium dan aluminium tidak dapat diekstrak dengan karbon dan hanya boleh diekstrak dengan kaedah elektrolisis.
11. Logam yang terletak di bahagian bawah dalam siri kereaktifan logam seperti ferum dan timah boleh diekstrak melalui pemanasan bijihnya dengan karbon di dalam relau bagas.
12. Elektrolisis ialah proses menguraikan elektolit dengan mengalirkan arus elektrik.
13. Elektrolit merupakan sebatian ionik yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan.
14. Elektrod merupakan plat logam yang mengalirkan arus elektrik melalui elektrolit. Elektrod yang bersambung pada hujung bahagian positif dikenali sebagai anod dan pada hujung bahagian negatif dikenali sebagai katod.
15. Aplikasi elektrolisis dalam industri termasuklah pengekstrakan logam , penyaduran elektrik dan penulenan logam.
16. Sel ringkas terdiri daripada dua logam yang berbeza dan satu elektrolit. Tenaga kimia bertukar menjadi tenaga elektrik apabila dua logam dicelup ke dalam elektrolit.
17. Sel primer seperti sel kering, sel alkali dan sel merkuri tidak dapat dicas semula.
18. Sel sekunder seperti akumulator aid-plumbum dan bateri nikel-kadmium dapat dicas semula.
19. Cara pelupusan bateri yang betul amat penting untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.
20. Banyak tindak balas kimia yang akan berlaku dengan kehadiran cahaya matahari. Fotosintesis, fotografi dan penguraian sebatian kimia merupakan contoh proses yang melibatkan cahaya.
21. Tenaga elektrik yang dihasilkan daripada tenaga kimia perlu digunakan secara berhemat.


BAB 6 : TENAGA NUKLEAR.
1. Nukleus atom yang tidak stabil akan memancarkan sinaran radioaktif untuk menjadi lebih stabil.
2. Isotop suatu unsur ialah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan.
3. Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif iaitu alfa, beta dan gama.
4. Proses kedioaktifan adalah rawak dan spontan.
5. Zarah alfa dan beta akan terpesong dalam medan magnet dan elektrik manakaala sinar gama tidak terpesong kerana sinar gama tidak bercas.
6. Sinaran radioaktif dapat dikesan oleh tiub GM dan kebuk awan.
7. Sinar alfa mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi tetapi kuasa penembusannya rendah. Sinar gama mempunyai kuasa penembusan yang paling tinggi tetapi kuasa pengionannya paling rendah.
8. Pembelahan nuklear ialah proses pemecahan satu nukleus yang berjisim besar kepada nukleus-nukleus yang lebih ringan disertai dengan pembebasan tenaga.
9. Pelakuran nuklear ialah proses pencantuman nukleus-nukleus atom yang lebih kecil untuk menghasilkan nukleus yang lebih besar disertai dengan pembebasan tenaga.
10. Bahan radioaktif harus diuruskan dengan bijak supaya tidak mendatangkan bahaya terhadap kehidupan.
11. Penerokaan tenaga nuklear mempunyai kebaikan dan keburukan.

BAB 7 : CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN.
1. Cahaya diperlukan untuk penglihatan dan pembentukan imej.
2. Imej yang dihasilkan mungkin nyata atau maya. Imej nyata ialah imej yang dapat dilihat pada skrin manakala imej maya ialah imej yang tidak dapat dilihat pada skrin.
3. Imej yang terbentuk pada cermin satah adalah maya, tegak dan songsang sisi. Kedudukan imej di belakang cermin adalah sama jarak dengan objek di hadapan cermin.
4. Kanta cekung menghasilkan imej maya, tegak dan lebih kecil daripada objek tanpa mengira kedudukan objek.
5. Kanta cembung menghasilkan imej nyata dan maya. Imej nyata terbentuk sekiranya jarak objek melebihi panjang fokus dan imej maya terbentuk jika objek terletak di antara titik fokus dan pusat kanta.
6. Paksi utama kanta ialah garis lurus yang melalui pusat optik dan beserenjang dengan satah kanta.
7. Pusat optik ialah titik kedudukan cahaya selari yang melaluinya tidak mengalami pembiasan cahaya.
8. Titik fokus ialah titik pada paksi utama. Semua sinar cahaya yang selari dengan paksi utama akan ditumpukan pada titik fokus bagi kanta cembung atau dicapahkan dari titik fokus bagi kanta cekung.
9. Panjang fokus ialah jarak di antara titik fokus dan pusat optik.
10. Kedudukan dan ciri-ciri imej yang terbentuk boleh ditentukan menggunakan gambar rajah sinar.
11. Mata ialah alatan optik semula jadi. Mata kita sama seperti kamera namun terdapat satu perbezaan iaitu mata dapat mentafsirkan objek yang dilihat tetapi kamera sebaliknya.
12. Akomodasi ialah proses dimana otot silium mengendur atau mengecut untuk menukar panjang fokus kanta mata supaya kita dapat melihat objek dengan jelas.
13. Cahaya putih dibiaskan oleh prisma dan membentuk satu spektrum warna. Fenomena ini dinamakan penyebaran cahaya.
14. Pelangi adalah fenomena semula jadi akibat penyebaran cahaya matahari oleh titisan air yang terdapat di udara selepas hujan.
15. Warna primer ialah warna yang tidak dapat diperoleh dengan mencampurkan warna yang lain, manakala warna sekunder diperoleh daripada penambahan warna-warna primer.
16. Penuras warna ialah bahan lut sinar yang membolehkan cahaya tertentu sahaja melaluinya dan menyerap warna-warna lain.
17. Retina mata manusia mengandungi dua jenis sel iaitu sel rod yang amat peka terhadap perubahan kecerahan dan sel kon yang peka terhadap warna.
18. Sekiranya sel kon tidak berfungsi dengan sempurna, sesorang individu akan mengalami  buta warna.
19. Pigmen ialah bahan semula jadi yang boleh menyerap cahaya daripada warna-warna tertentu dan memantulkan warna-warna yang lain.
20. Semua peralatan optik yang dicipta bertujuan untuk meningkatkan tahap penglihatan mata.Untuk melihat objek yang kecil, kita memerlukan mikroskop. Manakala, untuk melihat objek yang jauh, teleskop digunakan. Peralatan optik yang lain termasuklah kamera, periskop dan binokular.

BAB 8 : BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN.
1. Kebanyakan logam tulen lembut dan tidak kuat. Logam tulen bersifat mulur dan boleh ditempa.
2. Aloi ialah sebatian yang dihasilkan apabila logam tulen atau bahan bukan logam ditambah ke dalam logam tulen semasa dalam keadaan lebur.
3. Pengaloian ialah proses penambahan unsur lain ke dalam logam tulen bagi menghasilkan aloi.
4. Campuran logam yang membentuk aloi mempunyai sifat-sifat yang berbeza jika dibandingkan dengan logam asal.
5. Tujuan pengaloian adalah untuk memperbaik rupa bentuk, menambah kekerasan dan mencegah kakisan logam.
6. Aloi superkonduktor ialah sejenis aloi yang membenarkan arus elektrik mengalir dengan rintangan sifar.
7. Aloi superkonduktor merupakan magnet yang sangat kuat. Aloi superkonduktor mempunyai kekuatan magnet beribu-ribu kali ganda lebih kuat jika dibandingkan dengan magnet biasa.
8. Superkonduktor digunakan dalam bidang pengangkutan, perubatan, penjanaan dan penghantaran elektrik, elektronik dan komputer serta pertahanan.
9. Satu molekul ammonia terdiri daripada tiga atom hidrogen dan satu atom nitrogen.
10. Terdapat pelbagai benda yang diperbuat daripada ammonia. Contohnya baja, asid nitrik, bahan letupan, serat sintetik, agen penyejuk, detergen dan pewarna.
11. Ammonia dihasilkan dengan banyak di kilang-kilang melalui proses Haber.
12. Gas nitrogen dihasilkan daripada penyulingan berperingkat udara cecair manakala gas hidrogen dihasilkan daripada tindak balas stim terhadap gas asli.
13. Tiga faktor yang mempengaruhi penghasilan ammonia ialah suhu, tekanan dan mangkin.
14. Baja ammonium digunakan untuk membekalkan nitrogen kepada tumbuhan untuk mensintesiskan asid amino, protein dan klorofil.
15. Antara jenis baja yang dihasilkan daripada ammonia ialah urea dan garam ammonium seperti ammonium nitrat, ammonium sulfat dan ammonium fosfat.
16. Garam ammonium dihasilkan melalui proses peneutralan antara ammonia dan asid.
17. Urea dihasilkan melalui tindak balas antara cecair ammonia dan cecair karbon dioksida.
18. Sumber pencemaran daripada aktiviti perkilangan ialah pembakaran bahan api fosil, sisa toksik daripada industri kimia, bahan buangan pertanian dan sisa radioaktif.
19. Sisa industri menyebabkan pencemaran alam sekitar dan menganggu keseimbangan ekosistem.
20. Beberapa langkah yang diambil untuk mengawal dan mengurangkan pembungan sisa industri termasuklah penguatkuasaan undang-undang, penggunaan teknologi dan melalui pendidikan.
21. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran sisa industri harus dilaksanakan untuk kesejahteraan manusia sejagat.


NOTA BERBENTUK POWERPOINT
BAB 1 : PENYIASATAN SAINTIFIK
https://www.slideshare.net/AhChong2/bab-1-penyiasatan-saintifik

BAB 2 : KOORDINASI BADAN



No comments:

Post a Comment